Friday, March 5, 2010

motivasi

memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."

"Rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal."

"Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai."

"Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat mempernyatakan apa yang ia mahu dengan secara ringkas."

"Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan."

"Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya."

"Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya."

"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya."

"Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh dihadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar."

"Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya."

"Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya."

"Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah." ~ Wahab B. Munabin

Friday, February 26, 2010

BIODATA RASSULULLAH SAW

BIODATA RASULULLAH SAW





· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).

· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.

· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.

· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).

· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).


· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).






USIA 5 TAHUN






· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.






USIA 6 TAHUN





· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).


· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.






USIA 8 TAHUN






· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.


· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.






USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).





· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.


· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.






USIA 20 TAHUN






· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.


· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.






USIA 25 TAHUN






· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.


· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.


· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.


· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.






USIA 35 TAHUN






· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.


· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.


· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.






USIA 40 TAHUN






· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.






USIA 53 TAHUN






· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.


· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.






USIA 63 TAHUN






· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.






ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW






§ Khadijah Binti Khuwailid.


§ Saudah Binti Zam'ah.


§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).


§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).


§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.


§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).


§ Zainab Binti Jahsy.


§ Maimunah Binti Harith.

§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.


§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).






ANAK-ANAK RASULULLAH SAW






1. Qasim


2. Abdullah


3. Ibrahim


4. Zainab


5. Ruqaiyah


6. Ummi Kalthum


7. Fatimah Al-Zahra '






ANAK TIRI RASULULLAH SAW





Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).






SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW






IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN


1. Thuwaibah 1. Hamzah


2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad


SAUDARA SUSUAN


1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib


2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza


3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza


4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza










BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)






1. Al-Harith


2. Muqawwam


3. Zubair


4. Hamzah ***


5. Al-Abbas ***


6. Abu Talib


7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)


8. Abdul Ka ' bah


9. Hijl


10. Dhirar


11. Umaimah


12. Al-Bidha (Ummu Hakim)


13. Atiqah ##


14. Arwa ##


15. Umaimah


16. Barrah

17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***






*** Sempat masuk Islam.


## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.






Sabda Rasulullah SAW:


"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )














اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم






Nabi Muhammad SAW - Manusia agong


KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.


Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:


- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw.


- Aku melihat cahaya dari lidahnya.


- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.


- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.


- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.


- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.


- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.


- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.


- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.


- Wajahnya seperti bulan purnama.


- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.


- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.


- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.


- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.


- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.


- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.


- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.


- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.


- Janggutnya penuh dan tebal menawan.


- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. - Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.


- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.


- Rambutnya sedikit ikal.


- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.


- Rambutnya terbelah di tengah.

- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.


- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.


- Seimbang antara kedua bahunya.


- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.


- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.


- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. - Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.


- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.


- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.


- Warna putihnya lebih banyak.


- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.


- Warna kulitnya putih tapi sihat.


- Kulitnya putih lagi bercahaya.


- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.


- Badannya tidak gemuk.


- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.


- Perutnya tidak buncit.


- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.






KESIMPULANNYA :


Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.


Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.


NB:



Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin...





Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak.

Saturday, February 20, 2010

Angan2



"jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran,masa yang sdang berjalan kita isi dengan amalan
dan masa  hadapan jangan terlalu diangankan"

Friday, February 19, 2010

sedekah


HURAIAN Sedekah berasal dari kata shadaqa yang bererti benar. Orang yang suka bersedekah adalah orang yang benar pengakuan imannya. Menurut terminologi syariat, pengertian sedekah sama dengan pengertian infaq iaitu mengeluarkan sebahagian dari harta untuk suatu kepentingan yang diperintahkan Islam. Namun begitu, sedekah memberi maksud yang lebih luas daripada infaq kerana infaq hanya berkaitan dengan material, manakala sedekah merangkumi material dan non-material. Walaupun kebanyakan kalimah sedekah yang disebut dalam Al-Quran membawa maksud berzakat, namun perkara yang diperhatikan adalah bahawa, jika seseorang itu telah berzakat tetapi masih mempunyai kelebihan harta, sangat dianjurkan untuk berinfaq dan bersedekah. Selain daripada sedekah wajib, umat Islam digalakkan memberi sedekah sunat sebagai tanda kesyukuran akan nikmat yang dikurniakan Allah terutamanya nikmat Islam.


PERBANDINGAN SEDEKAH MENURUT AL-QURAN "Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( rahmatNya ) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya". ( Al-Baqarah : 261 ) DIPANJANGKAN UMUR & MENCEGAH AJAL YANG BURUK Maksud sabda Rasulullah saw : "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya" ( H.R. Tabrani ) MENOLAK BALA BENCANA Maksud sabda Nabi saw : "Segeralah kamu bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah" ( H.R Al-Baihaqi ) SELAGI PELUANG MASIH ADA… Dari Abu Hurairah r.a katanya : Seorang lelaki menghadap Rasulullah saw lalu bertanya : Wahai Rasulullah! Sedekah mana satu yang lebih besar ? Nabi saw menjawab : Engkau bersedekah ketika sihat dan sangat sayangkan hartamu; ketika engkau takutkan kepapaan dan berharap hendakkan kaya-raya. Janganlah engkau bertangguh untuk bersedekah, sehingga apabila nyawa sampai ke kerongkong, barulah engkau berkata : Aku mahu bersedekah untuk si anu.. sekian untuk si anu dan sekian lagi untuk si anu ( H.R Al-Bukhari )

Wednesday, February 17, 2010

PRODUCT ALAF 2000




cy2000   



ENTER


Ketika hampir keluar mani hendaklah membaca doa ini dalam hati

 


PENYAPU ALAF BARU

    PENYAPU ALAF BARU ( SWIVEL SWEEPER )
    SUNGGUH MUDAH CUMA TEKAN BUTANG ON
    BOLEH DICHARGE ,MUDAH ALIH ,
    RM 100 (TERMASUK KOS PENGHANTARAN )
    PASTI BERKESAN...
    JIKA BERMINAT :EMAILKAN KEPADA -

    NAME_OF_ALLAH_99@YAHOO.COM
    @LAYARI : MUDAH.COM.MY
 

Tuesday, February 16, 2010

TANAH UNTUK DIJUAL

TANAH UNTUK DIJUAL  : RM150.000.00                                   Tarikh iklan :17.02.2010

                                                                                                                          www.mudah.com.my 
HARGA                 BOLEH DIRUNDING
DAERAH               KUALA TERENGGANU
KELUASAN         1.695 EKAR
MUKIM               KUALA NERUS                                                                       

KEPADA YANG BERMINAT SILA EMAIL KAN KEPADA :

Name_Of_Allah_99@yahoo.com Atau
duit.derma@gmail.com

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI :
EN SEMAN : 013-9570212 @ EN ISA : 0199050804

kami hanyalah sekadar membantu sahabat yng memerlukan...tiada caj dikenakan untuk tujuan promosi
jualan...kami membantu sedaya termampu..seseungguhnya allah maha berkuasa atas tiap2 sesuatu..sikiranya tuan / puan mempunyai produk untuk dipromosikan..bolehlah emailkan kepada kami...wasalam...

Saturday, February 13, 2010

DOA MINTA DIMURAHKAN REZEKI


"Rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal."

"Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai."

"Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat mempernyatakan apa yang ia mahu dengan secara ringkas."

"Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan."

"Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya."

"Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya."

"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya."

"Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh dihadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar."

"Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya."

"Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya."

"Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah." ~ Wahab B. Munabin

Thursday, February 11, 2010

MOTIVASI


"Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya." ~ Albert Camus

"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

"Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."

"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

"Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah batinnya."

"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." ~ Cecil B. DeMille

"Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan."

"Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu." ~ Aflatun

"Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar."

"Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan

Sunday, February 7, 2010

MUTIARA KATA

"tidak ada orang yang berjalan yang lebih buruk dari tukang fitnah' 

pujian

'pujian itu satu peyembelihan"
ibnul-Muqaffa' berkata,
"orang yang menerima pujian(dari orang lain)seperti mumuji dirinya sendiri.
berkata sebahagian hukama,
'barang siapa rela dipuji dengan pujian yang bukan pada tempatnya,maka bererti dia telah memberikan ksempatan orang yang mengejek kepadanya"

'jauhilah saling mumuji,sebab hal itu (sebahagian  peyembelihan,jika salah satu diantaramu memuji saudaranya yang tidak boleh tidak maka hendaknya dia berkata;"aku kira,aku tidak membersihkan seseorang terhadap allah." 

Saturday, February 6, 2010

Sombong dan menghairankan diri

                                        "Tidak lain keangkuhan itu merupakan kelebihan  kedunguan,orang yang sombong tidak mengerti,kemana dia akan pergi sehingga dia membelok kepada kesombongan itu"

"aku hairan dengan orang-orang yang mengagumkan diri sendiri dengan bentuk dirinya,padahal kelmarin dia itu hanya benih air yang busuk'

"Dan esok selesai keindahan bentuk dirinya,dia berada di liang lahad sebagai bangkai yang busuk,dia diatas kesesatan dan keangkuhannya,diantara dua pakaiannya,dia mengandung kotoran yakni perutnya.

"bahawasanya 'ujub' (mengagumkan diri sendiri) itu akan memakan kebaikan-kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar.

KEUTAMAAN MENJERNIHKAN HATI

"Wahai anakku,adab kesopanan adalah sebagai tiang kekuatan yang allah memperkuatkan lagi dengan akal denganya dan sebagai pakaian yang allah menhiasi dengannya kepada orang-orang yang tidak mempunyai hiasan kemuliaan"

"adab kesopanan itu merupakan lukisan dari akal fikiran ,maka lukislah akal fikiranmu sekehendakmu'

"akal fikiran tanpa adab sebagaimana pohon yang mandul dan dengan adab ,akal fikiran seperti pohon yng membuahkannya.